Wednesday 2 January 2013

PSSGM Unisel 2012

Assalamualaikum permulaan bicara..  ntah tetiba plak nak tulis menatang nie coz da lama gila da x tulis..hehehe..sebenarnya mgkn da terlalu byk kenangan manis yg berlaku dalam taun ini bersama dgn Skuad PSSGM Unisel..setiap yg berlaku adalah terlalu manis untuk dikenang dan yg pahit tu da bleh letak kat longkang..itulah pepatah buatan sendiri yg sesuai dikatakan..hehehe tapi post kali ini mmg panjang la coz tulis tok setahun..hahaha..

PSSGM Unisel S.Alam mmg berada di keadaan yg genting disebabkan kekurangan ahli pada mulanya...mmg sebelum ni ramai tapi ramai jgk yg xde smgt jitu dalam diri untuk mempelajari seni beladiri ini..datang sekali dua lps tu hilang ntah kemana..bayangkan bilangan gurulatih yg mengajar lebih dari pelatih....perkara ini tidak seharusnya berlaku di dalam mana2 persatuan beladiri ataupun  persatuan yg lain..tetapi semangat untuk bergayong tidak pernah luntur dalam diri ini..walaupun keadaan gelanggang s.alam begitu tenat, tetapi kami still meneruskan latihan seperti biasa..

Kerana smgt bergayong masih utuh dalam diri beberapa ahli pergi mengikuti latihan di Masterskill, Cheras(MUCH) pada setiap mggu kerana di sana mempunyai jumlah ahli yg ramai sehinggalah gelanggang ini ditutup atas sebab² tertentu..mmg perasaan begitu cemburu melihat jumlah ahli yg begitu ramai berbanding dengan kami..dari situlah ako berazam untuk menambah bilangan ahli dalam persatuan ini..terasa diri ini amat sukar n berat sekali sebagai ketua untuk mengembalikan zaman kegemilangan seperti satu tika dahulu..tapi klu ako sebagai ketua x bergerak n mencuba macamana benda nie nak berkembang???kan³...

PSSGM Masterskill (MUCH)

PSSGM Unisel




Bermula dengan 2 org bertambah kepada jumlah 4 org..kehadiran erma dgn intan menceriakan sedikit keadaan..tetapi kehadiran mereka kini tidak seperti yg sebelumya..mgkn ada masalah tertentu menyebabkan tidak dapat menghadiri latihan seperti biasa..bila depa da xdtg mmg rasa kecewa n sedey sbb x dpt bersama²..tetapi kami kembali kepada 4 org selepas itu..thankx sesgt kepada umii n anis coz sudi menyertai persatuan ini walaupun melalui ko-kurikulum..mmg klakar coz hanya 2 org daripada beratus or beribu org yg menyertai PSSGM melalui ko-kurikulum..dan lebih manis lagi apabila 2 org inilah yg kekal sehingga hari ini..bermcm² aktiviti kami harungi bersama..walaupun mereka masih baru waktu itu tetapi latihan seperti org yg da lama..mmg kome 2 nie lah harapan kami ketika itu..tidak disangka sama sekali yg deme 2 nie kekal smpi hari ini..alhamdulillah..i lap kome 2 la..hehehe tapi bila salah seorang dari 4 org nie x dtg latihan seperti ada kekurangan..klu mirul x dtg lagilah x syok coz asyik jd punching bag ngan abg zul jewk..sakit woo...

Alhamdulillah sekarang ini kami tidak berempat lagi...jumlah kami bertambah sedikit demi sedikit..thankx sesgt kepada ahli baru yg kekal sehingga kini iaitu dayah, nasprima, pyan, nazmi, abu lais, dan hannan..walaupun nas tidak lama dgn kita tetapi insyallah dia pasti akan kembali memperjuangkan gayong bersama²...insyallah kita dapat membentuk satu pasukan yg mantap untuk persatuan kita walaupun training kita suma penuh dgn gelak tawa dan berjaya menjadi satu pasukan gila gamba..hahahaha... anyway ako memerlukan angpa semua dan kita akan bersatu menaikkan nama PSSGM Unisel seperti satu ketika dulu..lastly thankx to abg zul coz still dtg mengajar walaupun dalam apa keadaan sekalipun..u r my best sifu..furthermore, thankx to my beloved Nur Syaheera coz support me and understood my situation in this association..wassalam..

PSSGM Unisel


Team Demo Unisel S.Alam

Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut di lautan tujuh,
Pecah Gayong perpecahan sayang,
Di satu masa balik berpadu teguh.

Seni Gayong sudah terpuji,
Dijunjung oleh seluruh negeri,
Pemuda-pemudi harus pelajari,
Agar Gayong kekal abadi.


Thursday 30 June 2011

Bangkitlah Wahai Bangsaku



Peristiwa ini berlaku akibat Pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 1969
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, S’gor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di S’gor yang menyaksikan 50:50 di S’gor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar KL. Perarakan hingga ke Jln Campbell dan Jln Hale dan menuju ke Kg Baru. Sedangkan di Kg Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar S’gor ketika itu, Dato’ Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (‘menyingkir’) orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai maksud yang negatif. Ada yang mencaci dan meludah dr atas lori ke arah org Melayu di tepi jln.
Perarakan kematian Cina
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jlnraya turut berlaku.
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jln dgn kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pd hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kwsn Bukit Bintang, KL. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
Rumah Menteri Besar S’gor
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari ke2 pihak. Perarakan ini x dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar S’gor di Jln Raja Muda Abdul Aziz di Kg Baru, KL. Dato’ Harun Idris selaku Menteri Besar S’gor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa2nya, mrk yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang pjg dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dr Dato’ Harun Idris untuk mengamuk.
Ketika berkumpul, cerita2 tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap2. Jam 3 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua km dari rumah Menteri Besar S’gor.
4.00 petang 2 penunggang motosikal Cina yang melalui Jln Kg Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda2 Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi2 gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang2 Melayu di sekitar KL. Rupa2nya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar KL. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar KL.
Rejimen Renjer
Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.
Pasukan FRU dikeluarkan dr Kg Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang2 Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain2 turut menembak orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap2. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.
Pemuda2 Melayu yang mempertahankan Kg Baru dan yang lain2 mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar S’gor.
Askar Melayu
Akhirnya Rejimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kg Baru, Jln Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai2 emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.
Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang sahih mengenai rakaman ini.
Panggung Odeon
Pemuda2 Cina dari kongsi2 gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jln Tuanku Abdul Rahman, KL. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah 2 orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di KL yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura2 mati. Beliau masih hidup hingga skrg. Akibat daripada tindakan sebegini, orang2 Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .
Abdul Rafai Alias bersama rakan2nya dari Semenyih yang datang ke KL turut terperangkap dan terkejut dgn rusuhan kaum yang tidak disangka2 pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah2 mayat mereka yang telah terbunuh di atas jln.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kg Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiai di sekitar Kg Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang mahal . Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang2. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kg Baru ketika itu. Mungin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang dan memenggal kepada orang Cina.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa2. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.
Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan “politik” dan bukanya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat melayu dan cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan x berlaku di negeri melayu kelantan, pahang dan kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang cina di negeri2 tersebut kerana habis di bunuh oleh orang melayu.
Kesimpulanya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanyaraya dan hanya melibatkan orang2 melayu dan cina di KL shj.
Angka korban
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.
Di mana Tunku
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik KL memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain mahjung. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.
Mageran
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.
Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh org Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku “Dilema Melayu” (“Malay Dilemma”) oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan gandingan Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim memburukkan Tunku Abdul Rahman.
Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.
Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.
Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan KL dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam DUN Sgor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendpt tafsiran semula.
Kredit : Carigold Forum

Sunday 24 April 2011

Rezeki Ako


Sinopsis:
Datuk Kumajaya dititah ke Langkapuri bersama isterinya, Cik Mahura dan anaknya, Dayang untuk menjadi ketua di sana. Dalam perjalanan Dayang berkenalan dengan juragan kapal, Nakhoda Malim yang tinggi ilmu agama.
Di Langkapuri, Dayang belajar agama dengan Nakhoda Malim. Suatu hari mereka pergi berkelah di tepi tasik di Pantai Kerang. Sewaktu berkelah Dayang hanya duduk menyendiri untuk beramal di sebuah dangau. Putera Raja Bunian yang lalu di situ telah jatuh hati kepada Dayang.
Sejak pulang dari tasik, Dayang suka mandi malam. Putera Raja Bunian datang dan berlaku perkara yang tidak diketahui ketika Dayang mandi. Sejak itu juga berlaku perubahan terhadap Dayang yang kelihatan seolah-olah telah berbadan dua sehingga merisaukan kedua ibu bapanya. Datuk Kumajaya menuduh Nakhoda Malim punya angkara kerana Dayang rapat dengannya. Nakhoda Malim yang tidak mengaku salah telah dihukum pasung.
Suatu malam Dayang hilang dari biliknya walaupun dikawal rapi. Putera Raja Bunian datang memberitahu bahawa Dayang boleh ditemui di tepi tasik tetapi Dayang hanya boleh dipandang kerana telah bersama-sama dengan orang bunian di Tasik Dayang.

                                         Dari kiri: Bobo, Ayen, Kerek, Ulin, Amirul, Chort



                                                       bergaya kan ako..hahaha☺☻

haha x sgke la ako nie terlibat dalam bidang teater plak... 22, 23 24 April 2011 Skuad 170 telah dijemput untuk terlibat dalam pementasan teater Tasik Dayang... da la latihan 3 kali jewk..nasib baik la waktu pementasan tu berjalan lancar...nie teater ako yg kedua la selepas teater Siti Zulaikha yang berlangsung di Melaka... kami dibahagi kepada 2 kumpulan iaitu Askar Kedah n Askar Siam.. Askar Kedah terdiri daripada ako sendiri, Ulin dan Kerek berbaju hijau..Askar Siam plak terdiri daripada Bobo, Amirul dan Chort berbaju merah hati...tahniah la kepada Bobo sebab dia masih baru lagi dalam Skuad 170 tapi dapat bermain senjata seperti Parang..sama jugak la dkt Ulin dan Amirul sebab kali pertama bermain parang..terbaik la partner ako dalam teater nie Bobo..thanks la kepada Kelab Teater Bintang Timur telah menjemput kami dalam pementasan teater kali nie dan yang paling penting sekali kepada Abg Zul yang telah memberi kami peluang untuk terlibat dalam teater kali. sekian.............

Wednesday 6 April 2011

newbiess

haha ako pown tatau sgt la benda2 nie...tetibe plak kan ako terniat nak wat blog nie...ako nie da la x pndi sgt bab2 mende nie...so ako pown hentam jela kwn2...

First of all musti la ako kene gtau dulu tentang diri ako nie...
Muhammad Shazreen bin Mohd Shahidan...umo mude agy baru jewk 21..ako nie asal Taiping, Perak..tapi skang nie menganggur jewk so ako pown stay la kat umah kak ako kat Seri Kembangan..ako nie merupakan ank last dari 4 org adk bradik ako...dulu ako nie blajar kat Sek. Men. Keb. Taman Tasik Taiping..ntah skola nie da jd asrama penuh kew blom...da lame ako x p melawat..

                                              
                                             nie la time waktu form 5 dulu²


bese la sbb waktu skola dulu² mmg nakal so SPM ko x baper elok la tmbh agy ako kene demam plentong/cacar air waktu exam 2..adoyaiii nak wat camner..?redha jela..so ako pown dpt tawaran p unisel bab mls nak tggu kemasukan politeknik...kat citu la  byk mengajar ako erti kehidupan dan pelbagai tingkah laku org len dari pelbagai negeri...

pas pendaftaran sume ako dpt hostel block A1-03-R3...yg penting tgkt 3 rumah no 3 la...ako lmbt cikit berkenalan dgn dak2 rumah ako coz time 2 bz p beli brg dkt area rawang...da mlm camtu baru la ako sempat berkenalan ngan dak2 rumah ako...ako dok 1 bilik dgn Apit/Jonet blk no 3...hahaha time 2 ako kate mamat nie poyo tol la...Emir plak 1 bilik ngan Ayien gemok/Nazrin n Acap plak dok 1 bilik ngan dak senior namenye din...dak umah ako nie majoriti mmg dak johor la..mmg ako xpndi sgt sesetengah perkataan yg deme gunekan mcm gobok..kot2 almari da...

pastu aktiviti biasa la sbgi new student kene la p mggu orientasi...ako plg x suke kene bgn pg2 la..mls sungguh..time 2 la ako kengkwn ako bertambah lagi...ako nmpk si Shahrir Aiman tu slalu gak la dok blakang group ako (dak² rumah la)..so da smbg² kot dye dok penang...mmg loghat taiping ako kuar biler smbg² ngan die...time orientasi 2 gak la ade la mamat nie ako tatau name tapi org pggl die MU coz die mmg peminat setia MU la...tapi pai penyokong² MU len xnak backup die waktu die kene bhn..hahaha...

group ako nie mmg suke la bhn si MU nie..tapi ako nie xder la bhn die sgt...so tetibe die bhn² ako...mmg ako begado ngan die...ako sempat gak la menghabiskan makanan tgh ari dulu baru p kat dye..hahaha...bodo punya MU...then pas blk dari IPIS la wak2 2 mamat mane ntah kerek2 plak ngan group ako dan2 ako fire blk...pas2 ader la mamat mane ntah muke mmg nmpk cam ujung 20an la..mcm nak pggl pkcik pown ader gak...rupenye umo die same ngan ako da...name die Zulhelmie/Zul Labuan...

ako mule la da kenai ramai org pas ary ketiga orientasi...antaranya Mus Langkawi la...die yg kenaikan kat ako Eca n Qila...waktu 2 kat cafe..depa 2 tula kwn popuan pertama ako kat unisel...pastu qila n eca kenaikan kat ako 2 org lagi kwn deme Iera n Kyra..kot² kyra 2 dak group orientasi ako da pas2 dak klas ako..so kat citu la kami mmg rapat...da mcm adk bradik da pown...p mane² musti ako ajk die...lau da camtu apatah lagi p klas same²..

waktu mggu orientasi ader demo Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) dan ako mmg dari kecik lagi ako berminat ngan silat gayong nie...ako tros p gelanggang dengan Shah Panjang..kononnye nak msk kene ader partner...tapi ako x sesuai la nak partner ngan die sbb die tu tggi tapi tulang jewk lebey...hahahaha dlm mggu 2 jgak la ako dapat jadual klas...perghhh mmg bahgia coz klas ako nie jumaat n sabtu jewk..waktu tu la ako kenai Ben, Epoi Kedah, dll...ako kenai ben bab waktu nga take 5 klas pengajian malaysia, 2 pown bab die asal Kelana Jaya...lau x mgkn ako x smbg² kot ngan die...pas smbg2 2 epoi kdh kate die nak blk tmpt die kat Kuala Nerang...ako pown kate nak blk Taiping gak, so bley r nek bas same² p pudu...kat citu la ako kenai seorang agy Mohd Fahmi/Botak...attenye org Perak same ngan teman....last² si botak nie la jd partner ako dlm PSSGM.


                Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia (SKUAD 170)


Sem 1 n Sem 2 ako mmg jarang r kuar bilik..bkn sbb rajin stdy kew aper..tapi sbb nak men game..time 2 ako kemaruk men game DOtA...laptop acap la jd mangsa ako..mane ako nak ader laptop..hahaha tapi kekdg 2 ako kuar la gak ngan dak² rumah....time 2 la kenai Riny, Eila, Tina, Arni, Lala...zul dulu pggl eila 2 singa...smpi skang melekat asenye..hahaaha...


                                       Sem 2 - Genting Highlands


itulah permulaan ako kat unisel...ikowtkan ako nak tulis jewk agy...tapi mcm da pnjg sgt la plak...hehehe