Sunday 24 April 2011

Rezeki Ako


Sinopsis:
Datuk Kumajaya dititah ke Langkapuri bersama isterinya, Cik Mahura dan anaknya, Dayang untuk menjadi ketua di sana. Dalam perjalanan Dayang berkenalan dengan juragan kapal, Nakhoda Malim yang tinggi ilmu agama.
Di Langkapuri, Dayang belajar agama dengan Nakhoda Malim. Suatu hari mereka pergi berkelah di tepi tasik di Pantai Kerang. Sewaktu berkelah Dayang hanya duduk menyendiri untuk beramal di sebuah dangau. Putera Raja Bunian yang lalu di situ telah jatuh hati kepada Dayang.
Sejak pulang dari tasik, Dayang suka mandi malam. Putera Raja Bunian datang dan berlaku perkara yang tidak diketahui ketika Dayang mandi. Sejak itu juga berlaku perubahan terhadap Dayang yang kelihatan seolah-olah telah berbadan dua sehingga merisaukan kedua ibu bapanya. Datuk Kumajaya menuduh Nakhoda Malim punya angkara kerana Dayang rapat dengannya. Nakhoda Malim yang tidak mengaku salah telah dihukum pasung.
Suatu malam Dayang hilang dari biliknya walaupun dikawal rapi. Putera Raja Bunian datang memberitahu bahawa Dayang boleh ditemui di tepi tasik tetapi Dayang hanya boleh dipandang kerana telah bersama-sama dengan orang bunian di Tasik Dayang.

                                         Dari kiri: Bobo, Ayen, Kerek, Ulin, Amirul, Chort



                                                       bergaya kan ako..hahaha☺☻

haha x sgke la ako nie terlibat dalam bidang teater plak... 22, 23 24 April 2011 Skuad 170 telah dijemput untuk terlibat dalam pementasan teater Tasik Dayang... da la latihan 3 kali jewk..nasib baik la waktu pementasan tu berjalan lancar...nie teater ako yg kedua la selepas teater Siti Zulaikha yang berlangsung di Melaka... kami dibahagi kepada 2 kumpulan iaitu Askar Kedah n Askar Siam.. Askar Kedah terdiri daripada ako sendiri, Ulin dan Kerek berbaju hijau..Askar Siam plak terdiri daripada Bobo, Amirul dan Chort berbaju merah hati...tahniah la kepada Bobo sebab dia masih baru lagi dalam Skuad 170 tapi dapat bermain senjata seperti Parang..sama jugak la dkt Ulin dan Amirul sebab kali pertama bermain parang..terbaik la partner ako dalam teater nie Bobo..thanks la kepada Kelab Teater Bintang Timur telah menjemput kami dalam pementasan teater kali nie dan yang paling penting sekali kepada Abg Zul yang telah memberi kami peluang untuk terlibat dalam teater kali. sekian.............

No comments:

Post a Comment